Friday, 12 August 2011
Malam lailatul qadar....
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Alhamdulillah..Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan menunaikan fardu ramadhan . Esok yakni 13 Ogos genaplah 13 hari kita berpuasa . Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya peroleh ketika menonton rancangan Ihya Ramadhan saluran TV Al-Hijrah . Ianya dikendalikan oleh seorang bekas paderi yang kini aktif sebagai pendakwah bebas iaitu Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz . Topik beliau pada hari ini ialah berkenaan malam qadar .Menariknya , antara intipati topik hari ini yang paling menarik perhatian saya ialah formula atau sifir malam qadar yang diceritakan oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya Sheikh Abu Hassan ( kalau x silap saya , jika salah sila betulkan ) .
Menurut Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz , pada suatu hari Sheikh Abu Hassan bertanyakan kepada gurunya tentang bilakah malam al-qadar . Kemudiannya Imam Al-Ghazali memberi satu jawapan dalam bentuk sifir/rumus atau dalam isitlah modennya formula . Berikut ialah sifir/rumus/formula yang diberitahu oleh beliau :
1) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadan.
2) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadan.
3) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadan.
4) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadan.
5) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan.
Sheikh Abu Hassan kemudiannya menyatakan bahawa selepas dari akhil balighnya sehinggalah ke saat itu beliau tidak pernah pun tidak didatangi malam Al-Qadar . Bermakna selepas akhil balighnya beliau senantiasa mendapat malam Al-Qadar semasa ramadhan sehinggalah pada saat itu . Inilah intipati topik pada hari ini yang begitu menarik perhatian saya . Apa2 pun sebagai peringatan kepada semua , kisah ini merupakan riwayat hidup Imam Al-Ghazali dan anak muridnya Sheikh Abu Hassan yang banyak mengabdikan diri mereka untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T . Kita ? tepuk dada , tanyalah iman . Tidak perlulah kita nak tunggu ke tarikh sekian2 baru nak beribadat kepada ALLAH . Justeru itu dibulan puasa yang mulia ini marilah kita sama2 mengikhlaskan diri kita dalam beribadat kepada ALLAH . Peringatan ini saya tujukan buat semua khasnya diri saya sendiri yang acapkali melakukan kesilapan samada sedar mahupun tidak . Sekian dahulu buat masa ini . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment