![]() |
| Kevin Cordon dan Datuk Lee Chong wei |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ......
Seperti yang diketahui kejohanan badminton dunia sedang berlangsung ketika ini . Saya difahamkan hanya Datuk Lee Chong Wei sahaja yang masih lagi membawa cabaran untuk negara di kejohanan ini . Semalam sempat jugalah saya menyaksikan perlawanan peringkat suku akhir antara beliau dengan pemain yang sedang meningkat naik iaitu Kevin Cordon dari Guatemala . Rumusan saya , ianya merupakan satu perlawanan yang terlalu mudah buat Datuk Lee Chong Wei (21-7,21-13) . Perlawanan itu berakhir dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada 30 minit . Sebelum itu , Kevin Cordon telah mengejutkan pilihan kelima kejohanan iaitu Chen Long dan pada hari ini Datuk Lee Chong Wei akan bertemu seteru utama iaitu Chen Jin , abang kepada Chen Long . Siapakah yang bakal memenangi perlawanan ni? marilah kita sama2 mendoakan kejayaan jagoan badminton negara kita ini .Semoga beliau dapat menjadi johan kerana pemain negara kita tidak pernah memenangi kejohanan dunia walaupun sudah belasan tahun dianjurkan . Sekian sahaja untuk kali ini . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :-)
![]() |
| chen Jin |


No comments:
Post a Comment