Saturday 10 March 2012

semester 3 : Rona - roni kehidupan

Assalamualaikum.
Rasanya dah lama aku x update blog since last post 3 bulan lepas. Tetibe mlm ni trgerak hati nk update. So, aku akn rumuskan peristwa2 yg brlaku spnjg semester 3 yang lepas.

1) Jadi i/c skuad

Ni antara peristiwa besar yang berlaku dlm hidup aku spnjg sem lepas. Aku dipilih oleh skuad2ku utk menggalas tugas sebagai i/c(in charge/person in charge ) bagi skuad Palapes Darat Batch 32. Perasaan? jujurnya aku mmg x bersedia lgsung dan x pernah trfikir utk mnjadi ic skuad. Jadi ic antara perkara yg aku ingin jauhi sepanjang dalam palapes . Namun, hasil perbncangan dengan skuadku pak tam yg merupakan ic kami ketika itu, aku bersetuju utk menggalas tgs ini buat sementara , iaitu sepanjang semester 3. Kenapa aku bersetuju? kerana pada ketika itu pak tam menghadapi masalah kwngn dan beliau trpksa bekerja. Disebabkan hal ini aku brsetuju walaupun pada hakikatnya ketika itu aku lgsung tidak tahu ilmu2 kawad, cara2 melapor dan beberapa disiplin2 lain dlm ketenteraan. Pada masa yang sama , aku berasa gusar ianya akan memberi kesan kepada PNGK aku. Ketika itu pointer aku hanya ngam2 3.00, syarat paling minimum utk melayakkan diri menduduki ujian Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Masih dalam kategori x selamat .  Semasa jadi i/c , sejujurnya aku berasa kekok terutamanya utk bagi arahan . Namun , yang paling sukar bagi aku ialah nk dptkn kerjasama drpd segelintir anggota skuadku . apa2 pun aku ttp dgn pendirian aku iaitu sentiasa meminimumkan tekanan kpd skuad2 aku . Biarlah tekanan itu diperoleh pada waktu latihan sahaja. Apa yg menariknya sblm aku jd ic , aku sentiasa mengekalkan imej low profile hinggakan jurulatih pun xtau nama aku. Penyamaran yang berjaya . kurang sket kene mnde2 pelik ni. hehe. Bila dah jadi ic mmg sah2 jurulatih akn tau nama. Dah xleh nk menyamar dah . Agak memeningkan kepala bila jadi ic ni sbb org dok cari memanjang . redho jela. Tu je yang mampu buat. Nak x nak hadap jela segala apa yg mendatang . Alhamdulillah , aku rasa banyak benda yang aku belajar sepanjang jadi ic yang dahulunya aku tidak tahu . Bersyukur jugak ade skuad yang memahami dan selalu menghulurkan bntuan dikala aku memerlukan. Batch 32 ttp Batch terbaik bg aku .Biarlah apa orang nk kata .Tima kasih ye skuad :-)

2) Dah x cam Paksu?

Ni antara peristiwa yg mengusik hati aku .Anak buah aku yg brusia sthn lebih boleh xcam aku . Kalo x asl dia nmpk aku je suruh dukung . excited tgk paksu dia  .Ni dia nmpk aku dia nangis. tkt tgk aku. seolah2 aku ni org luar. bdk kecik  .memori x kuat .Nak wat cmne jarang balik rumah. Semester lepas aku rase xsampi 3 hari   balik rumah . Mmg la ank buah aku tu xleh nk cam . Asal nak balik je ade prog. Latihan , k.i, kene kerah g sana sini . Mmg x smpt la nk dok umh lama2 . Padahal Dengkil tu bknnya jauh mana .45 min je dari Shah Alam .So, yg termampu telefon atau msj jela . Salunya aku akan telefon mak aku. Kdg2 mak aku suruh  anak buah aku yang brumur 6 thn yang jawab. "Tihani rindu paksu" , tu jela ayt yang salu keluar dari mulut dia .Nampak benar jarang balik rmh. 

3) Terima Kasih Pak Talib!

Terima kasih Pak Talib kerana menjadi kawan baik abah saya sejak kami berpindah ke Dengkil . Hampir setiap hari Pak Talib datang ke rumah kami dok bersembang dengan abah saya setiap kali  balik dr surau slps fardu isyak . Kadang2 Pak Abu pun join sekali menyembang . Hj. Raship , Pak Talib dan Pak Abu antara sahabat 3 serangkai yang dikenali kerana keakraban mereka di taman perumahan kami . Hubungan Abah dengan Pak Talib mmg rapat . Pak Talib la yang dok renovate rumah kami . Kalu ade apa2 mmg Abah cari Pak Talib . Tiap kali kami balik kpg pak talib la yang dok siram pokok rumah kami.tSalunya tiap2 mlm lepas menyembang sahabat 3 serangkai ni salu keluar minum . kadang2 sampai ke banting!

Tapi
itu semua dulu. Kini tak mungkin lagi semua itu akan berlaku lagi . Pada tanggal 18 Januari awl thn ni aku mendapat panggilan tlfn dr mak . " Pak Talib dah xdak" suara mak masa tu mmg sayup2 . Masa tu aku hanya fikir psl abah . "mcmana abah?" soal aku . " xtau nak kata . sedih la jugak bila kawan baik dia meninggal. Masa dapat tau abah menangis " . Bila mak aku ckp cmtu aku terus sebak . mengalir jugak la air mata ni.Sepanjang hidup aku x pernah aku tgk abah menangis . Kalo dkt tmpt kerja mmg abah seorang yg trsgt tegas tp sgt ambil brat kt anak2 buah. Bila mak aku ckp cmtu mmg aku tau yg abah betul2 bersedih dgn kematian pak talib. Sehingga kini abah masih lagi mennyebut nama Pak Talib . kadang2 sambil tersenyum bila teringat sesuatu berkaitan Pak Talib . Tima kasih Pak talib kerna pernah menceriakan hidup abah kami. Semoga rohmu dicucuri rahmat . Al-Fatihah  :'(

Monday 14 November 2011

sudah tiba masanya

sudah tiba masanya
utk membezakan 
antara realiti dan fantasi
antara sedar dan mimpi
antara tidur dan berdiri
tentang sesuatu yg aku sendiri xpasti
meskipun berat hati
dan terseksa jiwa ini
akn ku tempuhi
hanya mengharapkan petunjukmu ilahi
bimbinglah daku ya rabbi
dalam menempuhi hidup ini
kurniakankanlah kepadaku kekuatan diri
melawan rindu yg melanda kini
bertamu di ruang hati
membelenggu diri stiap hari....

* dapat ilham masa hiking di Gunung Liang berdekatan Tg. Malim dan Behrang , Perak

Tuesday 13 September 2011

Semester baru......Yang best dan xbest

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Alhamdulillah, selamat mendaftar kembali di kolej teratai 4 pada hari Ahad yang lepas . Bermulalah kembali kehidupan sebagai seorang pelajar Uitm . Semester ini kena pilih subjek elektif dan yang menjadi pilihan saya ialah subjek Hubungan Antarabangsa , IR . Hari pertama semester sudah  mula belajar subjek ini . Alhamdulillah , subjek ini tersangat2 menarik dan kena dengan diri saya yang amat berminat dengan politik dan pemikiran, dari sudut kritikal . . Pensyarahnya pula merupakan seorang yang sangat hebat iaitu Sir Mohiddin Sulaiman( kalau x silap) . Lebih hebat lagi beliau menguasai banyak bahasa antaranya arab,inggeris , burma,vietnam,thailand,urdu,bangladesh,rusia dan banyak lagi . Beliau juga mampu menulis dalam bahasa2 tersebut dengan baik. Cukup hebat . Hari pertama sahaja banyak input yang kami dapat walaupun hanya 3 orang sahaja yang hadir . Beliau banyak menyentuh tentang isu2 semasa baik dalam mahupun luar negara dan kemudiannya beliau mengajak kami berbincang dan memberikan pandangan dari sudut pandangan ilmiah . Seronok mendengar beliau berceloteh.

Semester ini juga saya akhirnya memiliki laptop sendiri . Keluaran Dell siri Inspiron N4050 yang berharga RM1850 . Agak murah bagi sebuah laptop keluaran Dell yang rata2 harganya berharga RM2000++ ke atas . Lepas ini senang la sikit nak buat kerja . Tak perlu ke kafe siber atau pinjam laptop kawan2 terutamanya skuad sendiri.

Itu yang best . Yang x bestnye........



Pouches pulak xde. xingat letak  mana . Aduh. terseksa jiwa dan raga .Hilang mood terus hampir setiap hari terkenangkan pouches tu. Rasanya lps balik fitik ada pegi stor  tapi xde pulak kt situ. Masa pegi fitik dekat Uthm memang bawak sekali tapi rasanya sudah bawak balik . Lagipun masa dekat Uthm tu sebelum balik ada rakan2 yang pergi periksa bilik . Lama jugak kami semua kena tunggu tp xde apa yang tertinggal. Dekat rumah pun sudah cari tp tak ada jugak . Xkan tinggal dkt Uthm kot. Rasanya mmg bwk balik . Lepas sampai dr Uthm tu ada gak la punggah beg nk basuh baju loreng . Seingat saya memang ada pouches .Masa itu tumpang bilik Iwe dengan Dollah . Iwe ada maklumkan yang beliau ada simpan pouches seseorg yang tertinggal dkt bilik tp tadi bila pergi tgk bukan saya punya . Beliau sendiri pun tidak pasti itu beliau punya atau tidak . Mungkin beliau tertukar dengan saya  . Apa2 pun saya berharap satu lagi pouches yang ada dalam simpanan beliau itu saya yang punya. InsyaAllah . Malam ini baru beliau periksa pouches yang ada dalam begpack beliau . Berilah daku petunjuk dan hidayahmuYa Allah . Sesungguhnya daku mengharapkan bantuanmu wahai tuhan yang mengetahui  lagi maha bijaksana . Amin .

Tuesday 23 August 2011

Kuih Serabai ......






Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sempena bulan ramadahan yang mulia ini , golongan wanita terutamanya ibu-ibu memainkan peranan penting dalam menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga masing-masing . Tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang lebih gemar membeli juadah berbuka puasa di bazar-bazar ramadhan berbanding menyediakannnya sendiri. Kebiasaannya , di bulan puasa ini macam-macam makanan yang terbayang dalam benak fikiran kita . Lepas itu mulalah mengidam nk makan . Saya sendiri pun tidak terkecuali . Tiba-tiba sahaja rasa teringin nak makan kuih SERABAI. Ya, kuih SERABAI . Kuih pun ada yang serabai bukan orang sahaja. Teringat masa kecil dahulu sekiranya pulang ke kampung , kuih serabai hasil air tangan mak long sudah pasti menjadi pengalas perut diwaktu pagi .Kuih ini suatu ketika dahulu amat terkenal di negeri-negeri utara tanah air dan juga sekitar selatan tanah air .Kini , kuih ini semakin dilupakan . Memang susah nak jumpa sekarang ini . Mungkin disebabkan ianya mengambil masa yang lama untuk dimasak lantas menyebabkan masyarakat lebih gemar mencari alternatif lain . Menurut abah saya , kuih ini suatu ketika dahulu pernah menjadi hidangan wajib di majlis-majlis kematian terutamanya di negeri Pulau Pinang .Dengarnya agak pelik namun itulah hakikatnya . Apa-apa pun kuih ini masih lagi mendapat tempat dihati saya meskipun sudah sekian lama tidak menjamahnya . Cuma baru-baru ini sahaja mak saya cuba membuat kuih ini . Cubaan pertama kurang menjadi dan Alhamdulillah cubaan kedua beliau berjaya . Memang lazat .Kuih ini enak dimakan bersama-sama kuah durian. Kuih ini juga menjadi pilihan keluarga kami bagi hidangan moreh selepas tarawikh pada malam ke 21 yang lalu. Rata-rata ramai yang tidak pernah memakan kuih ini terutamanya mereka yang berasal dari pantai timur . Oleh yang demikian , saya akan sertakan bersama resepi membuat kuih serabai yang saya perolehi dari blog www.hanan.com.my . Selamat mencuba.......

Resepi Kuih Serabai

Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
300 ml santan dari ¼ butir kelapa
1 butir telur
¼ sudu teh garam
minyak sayuran secukupnya

Cara-cara membuat serabai :
Ayak tepung gandum dan baking powder. Pukul telur dan garam sehingga berbuih. Kemudian tuangkan santan kedalam tepung dan gaul rata. Tuangkan pula telur yang telah dipukul kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata. Perap untuk 1 – 2 jam. Panaskan kuali dan disapu dengan sedikit minyak. Senduk 3-4 sudu makan adunan tepung. Tunggu sehingga
nampak lubang-lubang udara muncil pada kuih lalu ditutup kualinya dan tunggu sehingga masak. Sedap disajikan dengan serawa durian.


Serawa Durian 
Bahan-Bahannya
1 biji kelapa, ambil santannya
2 keping gula melaka
Sedikit Gula Pasir
2 helai Daun Pandan
Air
Sebiji durian

Cara-caranya:
Masak santan bersama gula melaka dan daun pandan. Kemudian masukkan isi durian, gula pasir dan kacau sehingga masak. Boleh dihidangkan.

Cuba lagi Datuk Lee Chong Wei

  
Anda telah berusaha bersungguh-sungguh . Kekalahan tipis kepada bintang China Lin Dan bagi saya amat bermaruah meskipun anda sepatutnya boleh menamatkan permainan dahulu dan melangkah keluar sebagai juara . Apa-apa pun mungkin rezeki tidak menyebelahi anda kali ini . Jadi , cuba lagi pada masa hadapan . jangan bimbang kerana sekiranya anda berjaya mengekalkan prestasi anda , bintang China itu sudah pasti bisa ditumbangkan  . Satu peningkatan prestasi yang amat ketara . Akhir kata daripada saya , SYABAS Datuk Lee Chong Wei . Andalah permata badminton Malaysia yang masih lagi mengekalkan sinarnya .


Friday 12 August 2011

Ayuh Datuk Lee Chong Wei........

Kevin Cordon dan Datuk Lee Chong wei

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ......
Seperti yang diketahui kejohanan badminton dunia sedang berlangsung ketika ini . Saya difahamkan hanya Datuk Lee Chong Wei sahaja yang masih lagi membawa  cabaran untuk negara di kejohanan ini . Semalam sempat jugalah saya menyaksikan perlawanan peringkat suku akhir antara beliau dengan pemain yang sedang meningkat naik iaitu Kevin Cordon dari Guatemala . Rumusan saya , ianya merupakan satu perlawanan yang terlalu mudah buat Datuk Lee Chong Wei (21-7,21-13) . Perlawanan itu berakhir dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada 30 minit . Sebelum itu , Kevin Cordon telah mengejutkan pilihan kelima kejohanan iaitu Chen Long dan pada hari ini Datuk Lee Chong Wei akan bertemu seteru utama iaitu Chen Jin , abang kepada Chen Long . Siapakah yang bakal memenangi perlawanan ni? marilah kita sama2 mendoakan kejayaan jagoan badminton negara kita ini .Semoga beliau dapat menjadi johan kerana pemain negara kita tidak pernah memenangi kejohanan dunia walaupun sudah belasan tahun dianjurkan . Sekian sahaja untuk kali ini . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :-)

chen Jin

Malam lailatul qadar....




 Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Alhamdulillah..Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan menunaikan fardu ramadhan .  Esok yakni 13 Ogos genaplah 13 hari kita berpuasa . Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya peroleh ketika menonton rancangan Ihya Ramadhan saluran TV Al-Hijrah . Ianya  dikendalikan oleh seorang bekas paderi yang kini aktif sebagai pendakwah bebas iaitu Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz . Topik beliau pada hari ini ialah berkenaan malam  qadar .Menariknya , antara intipati topik hari ini yang paling menarik perhatian saya ialah formula atau sifir malam qadar yang diceritakan oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya Sheikh Abu Hassan ( kalau x silap saya , jika salah sila betulkan ) .





Menurut Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz , pada suatu hari Sheikh Abu Hassan bertanyakan kepada gurunya tentang bilakah  malam al-qadar . Kemudiannya Imam Al-Ghazali memberi satu jawapan dalam bentuk sifir/rumus atau dalam isitlah modennya formula . Berikut ialah sifir/rumus/formula yang diberitahu oleh beliau :



1) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadan.

2) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadan.

3) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadan.

4) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadan.

5) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan.


Sheikh Abu Hassan kemudiannya  menyatakan bahawa selepas dari akhil balighnya sehinggalah ke saat itu beliau tidak pernah pun tidak didatangi malam Al-Qadar . Bermakna selepas akhil balighnya beliau senantiasa mendapat malam Al-Qadar semasa ramadhan sehinggalah pada saat itu . Inilah intipati topik pada hari ini yang begitu menarik perhatian saya . Apa2 pun sebagai peringatan kepada semua , kisah ini merupakan riwayat hidup Imam Al-Ghazali   dan anak muridnya Sheikh Abu Hassan yang banyak mengabdikan diri mereka untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T . Kita ? tepuk dada , tanyalah iman . Tidak perlulah kita nak tunggu ke tarikh sekian2 baru nak beribadat kepada ALLAH . Justeru itu dibulan puasa yang mulia ini marilah kita sama2 mengikhlaskan diri kita dalam beribadat kepada ALLAH . Peringatan ini saya tujukan buat semua khasnya diri saya sendiri yang acapkali melakukan kesilapan samada sedar mahupun tidak . Sekian dahulu buat masa ini . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .