Monday, 14 November 2011

sudah tiba masanya

sudah tiba masanya
utk membezakan 
antara realiti dan fantasi
antara sedar dan mimpi
antara tidur dan berdiri
tentang sesuatu yg aku sendiri xpasti
meskipun berat hati
dan terseksa jiwa ini
akn ku tempuhi
hanya mengharapkan petunjukmu ilahi
bimbinglah daku ya rabbi
dalam menempuhi hidup ini
kurniakankanlah kepadaku kekuatan diri
melawan rindu yg melanda kini
bertamu di ruang hati
membelenggu diri stiap hari....

* dapat ilham masa hiking di Gunung Liang berdekatan Tg. Malim dan Behrang , Perak

Tuesday, 13 September 2011

Semester baru......Yang best dan xbest

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Alhamdulillah, selamat mendaftar kembali di kolej teratai 4 pada hari Ahad yang lepas . Bermulalah kembali kehidupan sebagai seorang pelajar Uitm . Semester ini kena pilih subjek elektif dan yang menjadi pilihan saya ialah subjek Hubungan Antarabangsa , IR . Hari pertama semester sudah  mula belajar subjek ini . Alhamdulillah , subjek ini tersangat2 menarik dan kena dengan diri saya yang amat berminat dengan politik dan pemikiran, dari sudut kritikal . . Pensyarahnya pula merupakan seorang yang sangat hebat iaitu Sir Mohiddin Sulaiman( kalau x silap) . Lebih hebat lagi beliau menguasai banyak bahasa antaranya arab,inggeris , burma,vietnam,thailand,urdu,bangladesh,rusia dan banyak lagi . Beliau juga mampu menulis dalam bahasa2 tersebut dengan baik. Cukup hebat . Hari pertama sahaja banyak input yang kami dapat walaupun hanya 3 orang sahaja yang hadir . Beliau banyak menyentuh tentang isu2 semasa baik dalam mahupun luar negara dan kemudiannya beliau mengajak kami berbincang dan memberikan pandangan dari sudut pandangan ilmiah . Seronok mendengar beliau berceloteh.

Semester ini juga saya akhirnya memiliki laptop sendiri . Keluaran Dell siri Inspiron N4050 yang berharga RM1850 . Agak murah bagi sebuah laptop keluaran Dell yang rata2 harganya berharga RM2000++ ke atas . Lepas ini senang la sikit nak buat kerja . Tak perlu ke kafe siber atau pinjam laptop kawan2 terutamanya skuad sendiri.

Itu yang best . Yang x bestnye........



Pouches pulak xde. xingat letak  mana . Aduh. terseksa jiwa dan raga .Hilang mood terus hampir setiap hari terkenangkan pouches tu. Rasanya lps balik fitik ada pegi stor  tapi xde pulak kt situ. Masa pegi fitik dekat Uthm memang bawak sekali tapi rasanya sudah bawak balik . Lagipun masa dekat Uthm tu sebelum balik ada rakan2 yang pergi periksa bilik . Lama jugak kami semua kena tunggu tp xde apa yang tertinggal. Dekat rumah pun sudah cari tp tak ada jugak . Xkan tinggal dkt Uthm kot. Rasanya mmg bwk balik . Lepas sampai dr Uthm tu ada gak la punggah beg nk basuh baju loreng . Seingat saya memang ada pouches .Masa itu tumpang bilik Iwe dengan Dollah . Iwe ada maklumkan yang beliau ada simpan pouches seseorg yang tertinggal dkt bilik tp tadi bila pergi tgk bukan saya punya . Beliau sendiri pun tidak pasti itu beliau punya atau tidak . Mungkin beliau tertukar dengan saya  . Apa2 pun saya berharap satu lagi pouches yang ada dalam simpanan beliau itu saya yang punya. InsyaAllah . Malam ini baru beliau periksa pouches yang ada dalam begpack beliau . Berilah daku petunjuk dan hidayahmuYa Allah . Sesungguhnya daku mengharapkan bantuanmu wahai tuhan yang mengetahui  lagi maha bijaksana . Amin .

Tuesday, 23 August 2011

Kuih Serabai ......






Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sempena bulan ramadahan yang mulia ini , golongan wanita terutamanya ibu-ibu memainkan peranan penting dalam menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga masing-masing . Tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang lebih gemar membeli juadah berbuka puasa di bazar-bazar ramadhan berbanding menyediakannnya sendiri. Kebiasaannya , di bulan puasa ini macam-macam makanan yang terbayang dalam benak fikiran kita . Lepas itu mulalah mengidam nk makan . Saya sendiri pun tidak terkecuali . Tiba-tiba sahaja rasa teringin nak makan kuih SERABAI. Ya, kuih SERABAI . Kuih pun ada yang serabai bukan orang sahaja. Teringat masa kecil dahulu sekiranya pulang ke kampung , kuih serabai hasil air tangan mak long sudah pasti menjadi pengalas perut diwaktu pagi .Kuih ini suatu ketika dahulu amat terkenal di negeri-negeri utara tanah air dan juga sekitar selatan tanah air .Kini , kuih ini semakin dilupakan . Memang susah nak jumpa sekarang ini . Mungkin disebabkan ianya mengambil masa yang lama untuk dimasak lantas menyebabkan masyarakat lebih gemar mencari alternatif lain . Menurut abah saya , kuih ini suatu ketika dahulu pernah menjadi hidangan wajib di majlis-majlis kematian terutamanya di negeri Pulau Pinang .Dengarnya agak pelik namun itulah hakikatnya . Apa-apa pun kuih ini masih lagi mendapat tempat dihati saya meskipun sudah sekian lama tidak menjamahnya . Cuma baru-baru ini sahaja mak saya cuba membuat kuih ini . Cubaan pertama kurang menjadi dan Alhamdulillah cubaan kedua beliau berjaya . Memang lazat .Kuih ini enak dimakan bersama-sama kuah durian. Kuih ini juga menjadi pilihan keluarga kami bagi hidangan moreh selepas tarawikh pada malam ke 21 yang lalu. Rata-rata ramai yang tidak pernah memakan kuih ini terutamanya mereka yang berasal dari pantai timur . Oleh yang demikian , saya akan sertakan bersama resepi membuat kuih serabai yang saya perolehi dari blog www.hanan.com.my . Selamat mencuba.......

Resepi Kuih Serabai

Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
300 ml santan dari ¼ butir kelapa
1 butir telur
¼ sudu teh garam
minyak sayuran secukupnya

Cara-cara membuat serabai :
Ayak tepung gandum dan baking powder. Pukul telur dan garam sehingga berbuih. Kemudian tuangkan santan kedalam tepung dan gaul rata. Tuangkan pula telur yang telah dipukul kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata. Perap untuk 1 – 2 jam. Panaskan kuali dan disapu dengan sedikit minyak. Senduk 3-4 sudu makan adunan tepung. Tunggu sehingga
nampak lubang-lubang udara muncil pada kuih lalu ditutup kualinya dan tunggu sehingga masak. Sedap disajikan dengan serawa durian.


Serawa Durian 
Bahan-Bahannya
1 biji kelapa, ambil santannya
2 keping gula melaka
Sedikit Gula Pasir
2 helai Daun Pandan
Air
Sebiji durian

Cara-caranya:
Masak santan bersama gula melaka dan daun pandan. Kemudian masukkan isi durian, gula pasir dan kacau sehingga masak. Boleh dihidangkan.

Cuba lagi Datuk Lee Chong Wei

  
Anda telah berusaha bersungguh-sungguh . Kekalahan tipis kepada bintang China Lin Dan bagi saya amat bermaruah meskipun anda sepatutnya boleh menamatkan permainan dahulu dan melangkah keluar sebagai juara . Apa-apa pun mungkin rezeki tidak menyebelahi anda kali ini . Jadi , cuba lagi pada masa hadapan . jangan bimbang kerana sekiranya anda berjaya mengekalkan prestasi anda , bintang China itu sudah pasti bisa ditumbangkan  . Satu peningkatan prestasi yang amat ketara . Akhir kata daripada saya , SYABAS Datuk Lee Chong Wei . Andalah permata badminton Malaysia yang masih lagi mengekalkan sinarnya .


Friday, 12 August 2011

Ayuh Datuk Lee Chong Wei........

Kevin Cordon dan Datuk Lee Chong wei

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ......
Seperti yang diketahui kejohanan badminton dunia sedang berlangsung ketika ini . Saya difahamkan hanya Datuk Lee Chong Wei sahaja yang masih lagi membawa  cabaran untuk negara di kejohanan ini . Semalam sempat jugalah saya menyaksikan perlawanan peringkat suku akhir antara beliau dengan pemain yang sedang meningkat naik iaitu Kevin Cordon dari Guatemala . Rumusan saya , ianya merupakan satu perlawanan yang terlalu mudah buat Datuk Lee Chong Wei (21-7,21-13) . Perlawanan itu berakhir dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada 30 minit . Sebelum itu , Kevin Cordon telah mengejutkan pilihan kelima kejohanan iaitu Chen Long dan pada hari ini Datuk Lee Chong Wei akan bertemu seteru utama iaitu Chen Jin , abang kepada Chen Long . Siapakah yang bakal memenangi perlawanan ni? marilah kita sama2 mendoakan kejayaan jagoan badminton negara kita ini .Semoga beliau dapat menjadi johan kerana pemain negara kita tidak pernah memenangi kejohanan dunia walaupun sudah belasan tahun dianjurkan . Sekian sahaja untuk kali ini . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :-)

chen Jin

Malam lailatul qadar....




 Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Alhamdulillah..Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan menunaikan fardu ramadhan .  Esok yakni 13 Ogos genaplah 13 hari kita berpuasa . Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya peroleh ketika menonton rancangan Ihya Ramadhan saluran TV Al-Hijrah . Ianya  dikendalikan oleh seorang bekas paderi yang kini aktif sebagai pendakwah bebas iaitu Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz . Topik beliau pada hari ini ialah berkenaan malam  qadar .Menariknya , antara intipati topik hari ini yang paling menarik perhatian saya ialah formula atau sifir malam qadar yang diceritakan oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya Sheikh Abu Hassan ( kalau x silap saya , jika salah sila betulkan ) .





Menurut Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz , pada suatu hari Sheikh Abu Hassan bertanyakan kepada gurunya tentang bilakah  malam al-qadar . Kemudiannya Imam Al-Ghazali memberi satu jawapan dalam bentuk sifir/rumus atau dalam isitlah modennya formula . Berikut ialah sifir/rumus/formula yang diberitahu oleh beliau :



1) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadan.

2) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadan.

3) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadan.

4) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadan.

5) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan.


Sheikh Abu Hassan kemudiannya  menyatakan bahawa selepas dari akhil balighnya sehinggalah ke saat itu beliau tidak pernah pun tidak didatangi malam Al-Qadar . Bermakna selepas akhil balighnya beliau senantiasa mendapat malam Al-Qadar semasa ramadhan sehinggalah pada saat itu . Inilah intipati topik pada hari ini yang begitu menarik perhatian saya . Apa2 pun sebagai peringatan kepada semua , kisah ini merupakan riwayat hidup Imam Al-Ghazali   dan anak muridnya Sheikh Abu Hassan yang banyak mengabdikan diri mereka untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T . Kita ? tepuk dada , tanyalah iman . Tidak perlulah kita nak tunggu ke tarikh sekian2 baru nak beribadat kepada ALLAH . Justeru itu dibulan puasa yang mulia ini marilah kita sama2 mengikhlaskan diri kita dalam beribadat kepada ALLAH . Peringatan ini saya tujukan buat semua khasnya diri saya sendiri yang acapkali melakukan kesilapan samada sedar mahupun tidak . Sekian dahulu buat masa ini . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

















Wednesday, 10 August 2011

Kisah Ramadhan .


Salam Ramadhan 1432 H 2011 M. buat semua sahabat2 sekalian . Marilah kita sama2 berazam menjadikan ramadhan pada kali ini lebih baik daripada tahun2 sudah . Ayuh! tingkatkan prestasi , dan kurangkan kontroversi dalam amalan kita ( cam melodi la plak) . Ramadhan yang menjelma membuatkan saya teringat pengalaman berpuasa pada hari pertama masa darjah 6. Kenangan yang tak dapat dilupakan betul...hehe

Kisah Ramadhan


okay . Ceritanya lebih kurang begini  , ianya berlaku pada hari pertama puasa tahun 2002 M . Biasalah hari pertama puasa bukannya nak ingat sangat, tambah2 saya masa itu masih boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak riang lagi :-) ...hehe ..Masa sekolah rendah dulu pagi petang ade sesi persekolahan . Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang macam biasalah sekolah agama . Balik dari sekolah petang tu terus keluar main kejar-kejar dengan jiran . Lari punya lari punya lari sampai la terlari depan kedai aci .. Alang2 dah terlari depan kedai aci , nyorok la kejap kat situ .Bila dah lari2 ni macam biasa la , tekak haus . Kemudian saya ternampak satu peti ajaib yang mengeluarkan asap2 pelik seolah2 melambai2 memanggil saya . Dekat luar peti tu ada gambar Singa yang memakai pakaian manusia dan mempamerkan aksi  seorang singa yg girang..hehehe..Disebabkan perasaan ingin tahu isi kandungan peti tersebut , saya pun mendekatkan diri . Tiba2 ade satu suara sayup yang berbicara " adik mau aiskrim ka? mau aci amikkan" . Tanpa berfikir panjang , saya  pun mengangguk sambil mengeluarkan wang 80 sen lalu diberi kepada aci tersebut  . Saat itu saya seolah2 dipukau oleh beliau (alasan baik punya). Lepas itu? apa tunggu lagi .Tanpa segan silu dan konfidennya saya pun memakan la aiskrim tersebut ( lengkap berpakaian songkok, sampin, nametag sekolah,semua la) dan berjalan2 pulang ke rumah dengan hati yang girang . Masa dah sampai dekat lorong rumah saya tu saya pun pergi mendapatkan kawan2 seperlarian saya .Salah seorang daripada mereka kelihatan tertarik lalu bertanyakan harga aiskrim tersebut . Belum sempat saya nak menjawab tiba2..........." woi afiq ko x pose ke ?" bisik seorang sahabat saya ( bisik pun boleh dengar 2 kilometer gak la)  . Bisikannya membuatkan hati nurani saya tersentap lalu saya cepat2 meluahkan kembali aiskrim yg sedang cair dalam mulut saya dan membuang aiskrim yang adae ditangan saya ke dalam longkang ( coverline punye pasal)  . Masa tu memang malu gila la . Dah la pakai baju sekolah agama . Jiran2 yang lain pula lagi muda 2-3 tahun . Contoh terbaik betul la . haha . Tapi masa itu betul2 terlupa . Jadi puasa kira sah lagi la . Fuhhhh....Lega2... Apa2 pun inilah antara kenangan yang saya masih ingat . Harap anda semua "enjoy" dan  dapat mengambil iktibar daripada kisah ini ( salin dulu baju sekolah agama sebelum keluar main, tak la malu sgt )...hehehe... Sekian dulu buat waktu ini . Assalamualaikum :-)

Pembuka kata , pemanis bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....


Kini kembali menulis semula . Sebenarnya suatu ketika dahulu saya pernah menulis blog dan ini merupakan kali kedua saya menulis . Harap-harap la kali ini lebih istiqamah . Tujuannya mudah sahaja tidak lain tidak bukan untuk mengisi masa lapang terutamanya ketika cuti semester . Yelah daripada membuang masa tidak tentu arah lebih baik menulis blog , sekurang-kurangnya dapat meningkatkan lagi skill penulisan (padahal nak hilangkan bosan...hehe). 


Mengapa "mata.hati.jiwa" ??????????


Mudah sahaja .  Didalam blog ini saya akan menaip mengenai sesuatu yang saya lihat , rasa dan faham . Pendek kata  ianya mengenai diri saya , apa yang saya minat dan apa yang menarik perhatian saya . Sekian dulu daripada saya . Assalamualaikum :-)