Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Alhamdulillah, selamat mendaftar kembali di kolej teratai 4 pada hari Ahad yang lepas . Bermulalah kembali kehidupan sebagai seorang pelajar Uitm . Semester ini kena pilih subjek elektif dan yang menjadi pilihan saya ialah subjek Hubungan Antarabangsa , IR . Hari pertama semester sudah mula belajar subjek ini . Alhamdulillah , subjek ini tersangat2 menarik dan kena dengan diri saya yang amat berminat dengan politik dan pemikiran, dari sudut kritikal . . Pensyarahnya pula merupakan seorang yang sangat hebat iaitu Sir Mohiddin Sulaiman( kalau x silap) . Lebih hebat lagi beliau menguasai banyak bahasa antaranya arab,inggeris , burma,vietnam,thailand,urdu,bangladesh,rusia dan banyak lagi . Beliau juga mampu menulis dalam bahasa2 tersebut dengan baik. Cukup hebat . Hari pertama sahaja banyak input yang kami dapat walaupun hanya 3 orang sahaja yang hadir . Beliau banyak menyentuh tentang isu2 semasa baik dalam mahupun luar negara dan kemudiannya beliau mengajak kami berbincang dan memberikan pandangan dari sudut pandangan ilmiah . Seronok mendengar beliau berceloteh.
Semester ini juga saya akhirnya memiliki laptop sendiri . Keluaran Dell siri Inspiron N4050 yang berharga RM1850 . Agak murah bagi sebuah laptop keluaran Dell yang rata2 harganya berharga RM2000++ ke atas . Lepas ini senang la sikit nak buat kerja . Tak perlu ke kafe siber atau pinjam laptop kawan2 terutamanya skuad sendiri.
Itu yang best . Yang x bestnye........
Pouches pulak xde. xingat letak mana . Aduh. terseksa jiwa dan raga .Hilang mood terus hampir setiap hari terkenangkan pouches tu. Rasanya lps balik fitik ada pegi stor tapi xde pulak kt situ. Masa pegi fitik dekat Uthm memang bawak sekali tapi rasanya sudah bawak balik . Lagipun masa dekat Uthm tu sebelum balik ada rakan2 yang pergi periksa bilik . Lama jugak kami semua kena tunggu tp xde apa yang tertinggal. Dekat rumah pun sudah cari tp tak ada jugak . Xkan tinggal dkt Uthm kot. Rasanya mmg bwk balik . Lepas sampai dr Uthm tu ada gak la punggah beg nk basuh baju loreng . Seingat saya memang ada pouches .Masa itu tumpang bilik Iwe dengan Dollah . Iwe ada maklumkan yang beliau ada simpan pouches seseorg yang tertinggal dkt bilik tp tadi bila pergi tgk bukan saya punya . Beliau sendiri pun tidak pasti itu beliau punya atau tidak . Mungkin beliau tertukar dengan saya . Apa2 pun saya berharap satu lagi pouches yang ada dalam simpanan beliau itu saya yang punya. InsyaAllah . Malam ini baru beliau periksa pouches yang ada dalam begpack beliau . Berilah daku petunjuk dan hidayahmuYa Allah . Sesungguhnya daku mengharapkan bantuanmu wahai tuhan yang mengetahui lagi maha bijaksana . Amin .
